Wednesday, November 30, 2011

Masih dan mampu

Airmata tak henti mengalir
Namun aku tetap di sini.
Hati dan perasaan kerap terguris
Namun aku tetap setia.
Kata-kata sering menghiris
Namun kebenarannya ku terima.

Kerana kehormatan masih terjaga
Kerana maruah masih terpelihara
Kerana cinta masih ada
Kerana hati masih miliknya.

Kerana itu
Masih dan mampu
Bertahan.

No comments:

Post a Comment